Tuesday, 30 April 2013

Nak Ke Mana ?




Haisshh...
Time exam2 ni pulak rajin nak update .
Hmmmm....
Banyak benda yang dah berubah sejak lama tak update . Memang banyak sangat . Tapi , kadang-kadang sesetengah perkara elok dibiar dalam hati . Eh bermain hati pulak . Stop , tak pergi kat situ.

Kadang-kadang bila dah lama kita tak  ditegur orang , masalah boleh dipandang enteng . Kita merasakan masalah berpunca daripada kealpaan kita dan juga nasib malahan kesalahan orang lain sampai kadang kala membentak bentak . Apabila asal nikmat itu tak disandarkan pada Pencipta semulanya , maka selepas tu musibah akan dibawa ke arah mana . Mencari solusi , tanpa merujuk Ilahi .

Terkesan dengan peristiwa sebenarnya , kawan atau selayaknya digelar sahabat . Sedang dengan bakal housemates sibuk mencari rumah , ada sahaja masalah yang datang menimpa . Lepas satu musibah datang lagi satu musibah . Hampir semuanya berjumpa jalan buntu . Berminggu lamanya kami mencari solusi . Buntu yang amat sangat . Dengan bebanan exam di atas kepala , mana tidaknya kami tidak stress . 

Sedang satu saat apabila kami tersangat buntu , datang mesej daripada akhi ini ,

semenjak dua menjak ni kita asyik bercelaru. kenapa? mungkin hablumminallah kita byk terlompong. mungkin hubungan dgn allah tak jaga, mana taknya sesama kita runsing. quoted from ***** as i ponder along my way back to ***********. #tazkirah isya'

 Aku terkedu . Tertikam diri . Mungkin saja aku termasuk golongan itu .Mungkin saja diri ini terlalu jauh mengejar duniawi . Tersentak dengan teguran itu . Walaupun seketika aku tersedar hakikat itu , namun aku tidak menegur yang lain . Besarnya dosa diri ini . 

Ya Allah , diri ini mungkin terlalu alpa dengan dunia ini .
Berilah taufik dan hidayah Mu ,
sesungguhnya kepada Engkau lah kami berserah .

Ya Allah , aku bersyukur kepada-Mu kerana diberi housemate yang baik :)



*Tolong doakan exam ;)

No comments:

Post a Comment