Dulu , mula-mula kenal dulu aku tak sangka kami boleh jadi serapat ni .
Aku ingat lagi mula-mula kita bertemu dalam rumah kat uni dulu , kami yang riuhkan rumah tu sedangkan kita baru jumpa .Dalam beberapa hari saja kami jadi kawan rapat . Aku pun tak paham macam mana kita boleh jadi begitu rapat . Semuanya berlaku secara tidak sedar . Dalam semua housemate , dialah yang paling aku sayang .
Walaupun kadangkala kami bergaduh dalam senyap , tapi jauh di hati masih aku sayang sahabat aku ini . Dialah yang aku selalu dengan aku walau aku sedang aku goyah .
Gambar kami derma darah :)
Ditakdirkan kami mendapat uni yang berbeza . Jauh di sudut hati aku aku rasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan dia . Tapi aku tabahkan hati . Aku tahu semua ini ada hikmahnya dalam persahabatan ni . Dan aku bersabar , dua tahun setengah bukanlah lama .
Nak diceritakan , hujung minggu ni dia dah datang melawat . Aku memang sangat happy bila dapat tahu dia nak datang .Maklumlah sebelum ni banyak halangan untuk berjumpa dia . Hujung minggu penuh dengan program-program yang tak dapat dielakkan . Dan aku berlagak sebagai Tour Guider kepada dia dan seorang lagi kawan aku yang datang .
Memang seronok, dapat berjalan-jalan bersama dia . Sudah lama sangat rasanya kami dah terpisah padahal cuma beberapa bulan . Hujung minggu dengan dia antara pengalaman paling best aku di Cork .
Makan KFC !!
Sepanjang perjalanan banyak pengalaman yang kami dapat bersama . Memang aku terhibur . Aku cuba bagi layanan yang terbaik . memang satu Cork kitorang terjun , haha .
Tapi sebentar tadi masa dia nak pulang , satu perasaan yang dah lama aku tak rasa muncul . Rasa yang hanya muncul bila aku nak berpisah dengan keluarga aku untuk satu masa yang lama ketika dulu . Dan betapa aku sedar betapa aku hargai nilai persahabatan ini . Bukan sekadar sahabat, tapi juga ibarat keluarga aku . Ya , aku rasa teramat sedih seketika tadi ibarat berpisah dengan keluarga .
Terima Kasih :')
Terima kasih sebab datang sini . Terima kasih kerana menjadi sahabat aku . Terima kasih sebab menghadirkan perasaan keluarga . Terima kasih SAHABATku di dunia dan akhirat insyaAllah .