asqyguww,GYFYsgnhsa, huscdbwe, zxbcks,
translator on,
Assalamualaikum ,
salam sejahtera . dah lama sangat dah tak update blog ni . sebenarnya malas nak update . since dah tak da keje sangat , apa salahnya?
Sedang saya menulis ni saya sudah pun berada di Bumi Leprechaun yang terkenal dengan keindahan semula jadinya . saya sedang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti terkemuka di negeri ini . terkenal dengan pohon Shamrock , negeri ni mempunyai penduduk yang ramah dan bertatasusila . Agak kekok untuk berbual dengan orang di sini yang mempunyai accent English yang lain dan laju pulak percakapannya .
Saya berasa agak bersyukur kerana terpilih untuk berada di negeri ini . Memang bukan senang nak sampai sini tapi tak lah sesusah mana . Tapi bila terkenangkan baru-baru ni saya berasa amat sedih . Memang, saya tak nafikan semua orang yang datang ke sini bakal menghadapi berbagai-bagai ujian . Tapi alien tak tahu lah macam mana nak tafsir kan ujian yang alien dapat sebelum ke sini . Tatkala semua orang tengah gembira hendak fly , alien berasa sebaliknya . *tapi bukan sedih nak pisah ngan keluarga .
Mungkin tak da sesiapa pun faham situasi ni . Hanya Allah saja yang tahu sebab memang tak da sesiapa pun yang tahu problems ni . Alien pun sebenarnya tak nak lah mengadu dalam blog tentang masalah-masalah yang menimpa alien sebab Allah sentiasa ada . Allah Maha Mengetahui . Cukup lah alien mintak tolong dekat Allah .
Apa-apa pun setiba saja di sini , dengan layanan baik daripada senior-senior alien sedikit sebanyak rasa terubat jugak . Ok, la, siap kena belaja lagi . Alhamdulillah , memang best dapat kawan-kawan baru . Housemate pulak ada orang Italy . Hari first tu pulak senior bawak jalan-jalan beli barang keperluan , memang rambang mata tengok barang murah (murah duit eurolah) . Pastu pegi makan kebab 8 euro , memang mahal dan memang sangat besar ! tiga kali makan baru habis . Semalam pulak pegi jalan-jalan dekat city beli barang . Pastu malam senior belanja makan besar . haha , baiknya semua senior .
Ok, mungkin tu jer kot . Lepas ni mungkin lagi payah nak update . sori la lama tak update pastu post cerita sedih pulak tu . Apa-apa pun selamat berjaya semua . InsyaAllah dan doakan alien di sini .
nanti alien post gambar menarik sikit ,InsyaALLAH .
assalamualaikum .

No comments:
Post a Comment