qwerty.tyiuypip.asgdsa.hkjkhabaB
Translator on:
ASSALAMUALAIKUM;
Mungkin orang yang baca blog ini akan tertanya kenapa nama 'alien' dipilih untuk mewakili diri ini . Mungkin kah ianya kerana tidak mahu dikenali atau untuk melepaskan diri daripada apa-apa kenyataan yang boleh menimbulkan rasa sakit hati orang lain? Jawapannya : tidak ! Alien ada simbol tersendiri . Tegaknya ia atas satu konsep yang membawa maksud tersendiri .
Alien membawa maksud satu jisim yang asing . Lahir atas kepercayaan orang ramai dan dakwaan sesetengah pihak . Ramai yang menyangkal kewujudannya tetapi tidak menolak kemungkinan kewujudannya . Oleh itu alien mahu semua orang yang membaca blog ini tidak menolak mentah-mentah sebarang pandangan yang dikemukakan atas dasar rasional untuk menimbang baik antara pendapat dan hujah .
Alien juga bermaksud untuk tidak menyebelahi mana-mana pihak . Memandangkan kewujudannya dalam bentukbukan manusia yang bebas daripada sebarang kaum, politik dan fahaman . Tetapi agama memang tudak boleh ditukar ganti "Islam is the only choice" . Oleh itu sebarang pendapat yang dikemukakan ialah bersifat peribadi dan bebas daripada 'memilih bulu' . Blog ini juga adalah untuk suka-suka dan tidak mengharapkan balasan kecuali hanya berfikir sejenak tentang isi kandungannya .
Okay , dah cukup formal . Post kali ni cuma nak terangkan yang tu je. Nak cerita sekarang alien dah ada kat rumah . banyak kerja kena buat untuk persediaan ke luar negara . tapi InsyaAllah semua ini akan ditempuhi dengan bantuan Ilahi . Nak tolong ? alien mintak tolong satu ni saja ikhlas dari hati.: Tolong doakan alien sentiasa dalam pangkuan rahmat dan keredahaan Ilahi . inilah yang kita cari dalam dunia ni . So, Mr Mrs sekalian, teruskan hidup anda dan jangan berputus asa daripada rahmat Allah !
assalamualaikum
translator off ;hdsahdnsdw.vkgaib.baisyus
No comments:
Post a Comment