wety. rdhr. rtats. tutuut, hzzer.rfrt,
translator on ...
Assalamualaikum, salam sejahtera , salam seantero angkasaraya . Lama jugak alien tak post dan hari ni nak post something ( you don't say ?) . Semuanya tentang kehidupan alien dekat sini . Kolej ini . Tempat alien berubah ke satu phase yang baru which alien pun tak pasti pro kontranya . Satu titik yang membezakan gaya hidup antara kebebasan atau kawalan . Antara realiti atau angan-angan . Antara akal dan nafsu . Antara... opps cukup sudah . Macam bersajak pulak .
Sedar tak sedar dah dekat setahun sudah alien dekat sini . Banyak yang alien dah tempuhi . Pahit ,manis , susah senang semua tu dah tercalit dalam kenangan . Setahun rasanya terlalu singkat . Dalam tempoh ni , alien juga telah kenal berbagai jenis orang . Pelbagai ragam . Kawan , lecturer , pak cik makcik dan orang sekeliling yang sentiasa membuatkan dunia alien ke arah satu suasana yang baru , 'totally different' lah senang cerita . Dunia ini telah mengajar alien menjadi seorang yang lebih terbuka pada keberanian . Semua kawan-kawan di sini adalah hebat-hebat . Mereka adalah pelajar terpilih . Bangga dapat kawan seperti mereka .
Masih alien teringat sewaktu mula-mula masuk ke sini , bagai rusa masuk kampung . Memang tak tahu nak hidup di sini . Al-maklum , dah lima tahun tinggal kat asrama memang susah nak adapt kat luar . Teringat bila mula-mula masuk hostel ni jumpa dengan housemate . Yang paling tak tahan , jumpa dengan seorang ni terus sembang tak henti sampai malam . Sah-sah dia tu budak asrama jugak , haha . Walaupun pada mulanya alien dengan beberapa housemates yang lain tidak begitu baik hubungan pada mulanya , tapi alhamdulillah akhirnya kami semua berjaya mengatasi perbezaan antara kami .
(sila baca dengan mood sedih)
Kini , setahun masa pengajian ini dah hampir habis . Mungkin lepas ni susah nak jumpa dengan diorang . Or, mungkin senang kalau sama universiti . Macam biasa , pertemuan perpisahan tak dapat dielakkan dalam sesbuah perhubungan . Cuma bezanya adakah kita dapat menjadikan sesuatu hubungan tu kekal sampai ke akhirat .
Dengan berakhirnya course ni , tak bermakna perjuangan alien bertitik noktah . masih jauh perjalanan yang perlu ditempuh . Alien harap perjuangan alien dan kawan kawan menjadi lebih sempurna dengan hadirnya ketbahan dan keikhlasan dalam diri kitorang . Tak lama lagi nak final exam dah, cuak jugak ni . Study apa pun belum .Huh (-_-)" . Acaner ni ? Maybe lepas ni susah sikit nak blogging . By the way , alien doakan yang terbaik untuk Mr Mrs sekalian . InsyaAllah kita berjaya sama-sama . *tak tahu nak cakap apa dah
assalamualaikum..
translator disconnected ..
sssarrt,jkakgdt, gattag, fdrwt.lllsrd
No comments:
Post a Comment