Saturday, 30 June 2012

Naa.. Letihnya Hidup !

Jeng, jeng, jeng

 translator back" .sarsdrst m,akdyw ahdiwhdis qwrfety .
ON:

Assalamualaikum semua , harap Mr. Mrs masih berkudrat  meneruskan kehidupan dunia ni . Sebenaranya tak tau nak cakap apa . sebenarnya tamat sudah pengajian alien pada tahun ni . Huh, satu tahun pre-med mahu terkeluar urat kepala alien . Iye lah, mana ada kerja yang senang kat dunia ni . Teringat bait kat murabbi alien " bukan senang nak jadi senang " . Hidup ni ibarat kapal . kalau nak terhempas memang senang , kalau nak maintain kena ada fuel cukup-cukup , kalau nak terbang tinggi engine kena lebih power . Sebab tu manusia ada yang terhempas , terbabas , ada yang steady tak kurang juga berjaya dalam hidup diorang . 

Memang perjuangan ni masih jauh lagi nak redah . Nak dibandingkan dengan setahun bak bintang dengan bulan . ( sesuai ke perbandingan ni ?) Masih banyak lagi cabaran dalam hidup ni . Bukan kat  dunia je tau Mr  Mrs sekalian, kat akhirat lagi lama . Lepas ni nak sambung medik pulak , lagi lima tahun . Maybe nampak lama tapi the rest of the life challenges lagi lama . Macamana alien nak teruskan hidup  ni kalau tak dengan ketabahan . Dan ketabahan ni hadir dengan kepercayaan dan keyakinan dalam hati . Meh tengok sikit quotes ni :

‎"Hidup ini adalah keyakinan dan perjuangan. Perjuangan mukmin sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya telah menginjak pintu syurga."

~Imam Ahmad

MasyaAllah , beratnya tugas kita . Siapa yang suka akan bebanan ? Siapa yang suka akan kesusahan ? Sebab tu kita kena ada Allah di  sisi kita . Mampu ke sebuah kapal terbang berlepas tanpa ada pemandu ? Bgitu juga kebergantungan kita pada Allah . Tak lepas daripada hubungan hamba - pencipta . 


Marilah Mr Mrs sekalian, muhasabah sikit diri kite . Alien pun bukan orang yang sempurna pun . Semua orang tidak boleh menjadi sempurna tetapi manusia boleh berusaha menjadi sempurna . Kesempurnaan hanya milik Allah . Oleh sebab itu Allah tidak pelik apabila kita membuat dosa tetapi Allah sentiasa membuka pintu rahmat dan pengampunannya kepada kita kerana Dia tahu manusia itu hambanya yang tak akan terlepas daripada kesilapan . Tapi perlunya kita kembali sedar dan berada di landasan taubat . InsyaAllah , Mr Mrs boleh ,alien pun boleh . Mari kita berusaha menjadi sempurna tahap super maksima ! Hoola !

Assalamualaikum ...

translator off..
sdaher, nfjeinm ,.djqojeld .,nfidjkod

No comments:

Post a Comment