Saturday, 30 June 2012

Naa.. Letihnya Hidup !

Jeng, jeng, jeng

 translator back" .sarsdrst m,akdyw ahdiwhdis qwrfety .
ON:

Assalamualaikum semua , harap Mr. Mrs masih berkudrat  meneruskan kehidupan dunia ni . Sebenaranya tak tau nak cakap apa . sebenarnya tamat sudah pengajian alien pada tahun ni . Huh, satu tahun pre-med mahu terkeluar urat kepala alien . Iye lah, mana ada kerja yang senang kat dunia ni . Teringat bait kat murabbi alien " bukan senang nak jadi senang " . Hidup ni ibarat kapal . kalau nak terhempas memang senang , kalau nak maintain kena ada fuel cukup-cukup , kalau nak terbang tinggi engine kena lebih power . Sebab tu manusia ada yang terhempas , terbabas , ada yang steady tak kurang juga berjaya dalam hidup diorang . 

Memang perjuangan ni masih jauh lagi nak redah . Nak dibandingkan dengan setahun bak bintang dengan bulan . ( sesuai ke perbandingan ni ?) Masih banyak lagi cabaran dalam hidup ni . Bukan kat  dunia je tau Mr  Mrs sekalian, kat akhirat lagi lama . Lepas ni nak sambung medik pulak , lagi lima tahun . Maybe nampak lama tapi the rest of the life challenges lagi lama . Macamana alien nak teruskan hidup  ni kalau tak dengan ketabahan . Dan ketabahan ni hadir dengan kepercayaan dan keyakinan dalam hati . Meh tengok sikit quotes ni :

‎"Hidup ini adalah keyakinan dan perjuangan. Perjuangan mukmin sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya telah menginjak pintu syurga."

~Imam Ahmad

MasyaAllah , beratnya tugas kita . Siapa yang suka akan bebanan ? Siapa yang suka akan kesusahan ? Sebab tu kita kena ada Allah di  sisi kita . Mampu ke sebuah kapal terbang berlepas tanpa ada pemandu ? Bgitu juga kebergantungan kita pada Allah . Tak lepas daripada hubungan hamba - pencipta . 


Marilah Mr Mrs sekalian, muhasabah sikit diri kite . Alien pun bukan orang yang sempurna pun . Semua orang tidak boleh menjadi sempurna tetapi manusia boleh berusaha menjadi sempurna . Kesempurnaan hanya milik Allah . Oleh sebab itu Allah tidak pelik apabila kita membuat dosa tetapi Allah sentiasa membuka pintu rahmat dan pengampunannya kepada kita kerana Dia tahu manusia itu hambanya yang tak akan terlepas daripada kesilapan . Tapi perlunya kita kembali sedar dan berada di landasan taubat . InsyaAllah , Mr Mrs boleh ,alien pun boleh . Mari kita berusaha menjadi sempurna tahap super maksima ! Hoola !

Assalamualaikum ...

translator off..
sdaher, nfjeinm ,.djqojeld .,nfidjkod

Saturday, 9 June 2012

Setahun





wety. rdhr. rtats. tutuut, hzzer.rfrt,

translator on ...

Assalamualaikum, salam sejahtera , salam seantero angkasaraya . Lama jugak alien tak post dan hari ni nak post something ( you don't say ?) . Semuanya tentang kehidupan alien dekat sini . Kolej ini . Tempat alien berubah ke satu phase yang baru which alien pun tak pasti pro kontranya . Satu titik  yang membezakan gaya hidup antara kebebasan atau kawalan . Antara realiti atau angan-angan . Antara akal dan nafsu . Antara... opps cukup sudah . Macam bersajak pulak .

Sedar tak sedar dah dekat setahun sudah alien dekat sini . Banyak yang alien dah tempuhi . Pahit ,manis , susah senang semua tu dah tercalit dalam kenangan . Setahun rasanya terlalu singkat . Dalam tempoh ni , alien juga telah kenal berbagai jenis orang . Pelbagai ragam . Kawan , lecturer , pak cik makcik dan orang sekeliling yang sentiasa membuatkan dunia alien ke arah satu suasana yang baru , 'totally different' lah senang cerita . Dunia ini telah mengajar alien menjadi seorang yang lebih terbuka pada keberanian . Semua kawan-kawan di sini adalah hebat-hebat . Mereka adalah pelajar terpilih . Bangga dapat kawan seperti mereka .

Masih alien teringat sewaktu mula-mula masuk ke sini , bagai rusa masuk kampung . Memang tak tahu nak hidup di sini . Al-maklum ,  dah lima tahun  tinggal kat asrama memang susah nak adapt kat luar . Teringat bila mula-mula masuk hostel ni jumpa dengan housemate . Yang paling tak tahan , jumpa dengan seorang ni terus sembang tak henti sampai malam . Sah-sah dia tu budak asrama jugak , haha . Walaupun pada mulanya alien dengan beberapa housemates yang lain tidak begitu baik hubungan pada mulanya , tapi alhamdulillah akhirnya kami semua berjaya mengatasi perbezaan antara kami . 

(sila baca dengan mood sedih)
Kini , setahun masa pengajian ini dah hampir habis . Mungkin lepas ni susah nak jumpa dengan diorang . Or, mungkin senang kalau sama universiti . Macam biasa , pertemuan perpisahan tak dapat dielakkan dalam sesbuah perhubungan . Cuma bezanya adakah kita dapat menjadikan sesuatu hubungan tu kekal sampai ke akhirat . 

Dengan berakhirnya course ni , tak bermakna perjuangan alien bertitik noktah . masih jauh perjalanan yang perlu ditempuh . Alien harap perjuangan alien dan kawan kawan menjadi lebih sempurna dengan hadirnya ketbahan dan keikhlasan dalam diri kitorang . Tak lama lagi nak final exam dah, cuak jugak ni . Study apa pun belum .Huh (-_-)" . Acaner ni ? Maybe lepas ni susah sikit nak blogging . By the way , alien doakan yang terbaik untuk Mr Mrs sekalian . InsyaAllah kita berjaya sama-sama . *tak tahu nak cakap apa dah
assalamualaikum..

translator disconnected ..

sssarrt,jkakgdt, gattag, fdrwt.lllsrd