Thursday, 31 May 2012

Alien Ireland


Priit, tuuut, ehenmm, tsssz

Translator on...

Bismillahirrahmanirrahim , alhamdulillah dapat lagi alien nak post something hari ni . Walaupun sibuk-sibuk nak belajar ni, still ada masa yang nak dicuri oleh alien . Hehe , dah le ada test esok .

Alhamdulillah , baru dapat tawaran bersyarat baru ni untuk sambung belajar ke ireland . Memang bersyukur sangat-sangat . Ye lah bukan sedikit usaha yang dah dicurahkan . Bersyarat ? Haha . Ada la syarat tertentu yang kena patuhi .

Nak diceritakan , secara alien tidak sedar memang dari dulu Allah dah beri petunjuk untuk lanjutkan pelajaran ke Ireland . Semuanya bermula masa alien di tingkatan 3 . Masa tu dah timbul cita-cita nak pergi luar negara . Tapi tak tahu kenapa ireland jadi sebutan dalam hati alien .

Peristiwa kedua bila hantar abang alien masuk universiti . Memang terpana jugak tengok kehidupan di universiti . Tiba-tiba ayah alien tanya alien nak pergi universiti mana besar nanti ? Ireland ke ? Terkejut jugak ayah macam tahu apa yang pernah terlintas dalam hati alien . Subhanallah .

Pastu tibe time form 4, biaselah dah tinggi cita-cita waktu tu . Pastu waktu bulan puasa biasalah tak de benda nak buat . Baca lah surat khabar . Bila tengok salam perantau , nampaklah seorang penuntut kat Ireland . Pastu katelah alien kat kawan alien kat sebelah, susahkan nak pergi ireland ? Ha'ah . Susah kot . Ni kire yang paling tough. Kiranye yang terbaik di dunia lah . Alien pun jadi tak pasti lagi dengan cita-cita nak pergi ireland . Macam susah jer ? (-__-)" .

Segalanya telah Allah tentukan . Hidup ini perjalanannya Allah dah catat awal-awal . Bile dapat persediaan kat kolej sekarang ni memang bersyukur sangat . Memang berhasrat nak banggakan mak dan ayah . Mereka memang berharap sangat . Berkat doa mereka , insyaAllah , sedikit lagi jalan untuk ditempuhi . Doakan alien semua .

Assalamualaikum

:DDDDDssdãtttt

Translator disconnected

No comments:

Post a Comment