Blog yang simple-simple . Cuma nak baca kena ada otak yang rumit . Terjemah lah korang ikut citarasa keimanan di dada.
Thursday, 31 May 2012
Alien Ireland
Priit, tuuut, ehenmm, tsssz
Translator on...
Bismillahirrahmanirrahim , alhamdulillah dapat lagi alien nak post something hari ni . Walaupun sibuk-sibuk nak belajar ni, still ada masa yang nak dicuri oleh alien . Hehe , dah le ada test esok .
Alhamdulillah , baru dapat tawaran bersyarat baru ni untuk sambung belajar ke ireland . Memang bersyukur sangat-sangat . Ye lah bukan sedikit usaha yang dah dicurahkan . Bersyarat ? Haha . Ada la syarat tertentu yang kena patuhi .
Nak diceritakan , secara alien tidak sedar memang dari dulu Allah dah beri petunjuk untuk lanjutkan pelajaran ke Ireland . Semuanya bermula masa alien di tingkatan 3 . Masa tu dah timbul cita-cita nak pergi luar negara . Tapi tak tahu kenapa ireland jadi sebutan dalam hati alien .
Peristiwa kedua bila hantar abang alien masuk universiti . Memang terpana jugak tengok kehidupan di universiti . Tiba-tiba ayah alien tanya alien nak pergi universiti mana besar nanti ? Ireland ke ? Terkejut jugak ayah macam tahu apa yang pernah terlintas dalam hati alien . Subhanallah .
Pastu tibe time form 4, biaselah dah tinggi cita-cita waktu tu . Pastu waktu bulan puasa biasalah tak de benda nak buat . Baca lah surat khabar . Bila tengok salam perantau , nampaklah seorang penuntut kat Ireland . Pastu katelah alien kat kawan alien kat sebelah, susahkan nak pergi ireland ? Ha'ah . Susah kot . Ni kire yang paling tough. Kiranye yang terbaik di dunia lah . Alien pun jadi tak pasti lagi dengan cita-cita nak pergi ireland . Macam susah jer ? (-__-)" .
Segalanya telah Allah tentukan . Hidup ini perjalanannya Allah dah catat awal-awal . Bile dapat persediaan kat kolej sekarang ni memang bersyukur sangat . Memang berhasrat nak banggakan mak dan ayah . Mereka memang berharap sangat . Berkat doa mereka , insyaAllah , sedikit lagi jalan untuk ditempuhi . Doakan alien semua .
Assalamualaikum
:DDDDDssdãtttt
Translator disconnected
Tuesday, 22 May 2012
Apabila Hiburan Dilebihkan
Tsst.rrrffft,lolooool,lwwwk,bddkker..
translator on..
Assalamualaikum . Bismillahirrahmanirrahim .
Apalah pula ceritera Mr Alien pada hari ini ? Hujan tiada , ribut tiada , apa yang mendesak saya menulis di sini? Hmm, well nak kata dinner Mr Alien dah habis dah beberapa hari lepas . *mesti nak komen kan ? Mmm. Mungkin . Tapi Mr Alien tengok dinner tu just berjalan lancar . ( dengan batuan mr alien , hehe) : perasan habis
Tapi just beberapa perkara yang mr alien tak berkenan di hati . Mungkin bagi sesetengah orang perkara yang saya nak cakap ni perkara biasa . tapi yang biasa tu lah yang kita nak ubah betul tak ? manusia perlu berubah dari hari ke hari untuk menjadi yang lebih baik . Biar super duper hari kita dengan anjakan paradigma . Jadi dengan alasan manusia perlu berubah Mr alien mahu beri beberapa cadangan tentang beberapa sikap 'keterbiasaan' dalam hidup .
dining hall of the dinner
Alien cuma nak cakap yang alien tak suka unsur bersuka ria yang berlebihan dalam hidup manusia ni . Tak salah nak bersuka ria tapi kena tau batasnya . Islam ini meletakkan batas-batas sesuatu just nice on what it should be . Jangan sebab nak bersuka ria sampai agama tergadai . Mr Alien malas nak mengungkit benda ni . cuma alien nak ingatkan pabila nak bersuka ia tu ingat-ingat lah juga yang di atas sana , Yang Maha Kuasa . Kena Mr-Mrs semua tengah gelak terlupa dunia , tetiba nyawa ditarik cemana? tak ke susah hidup kat akhirat nanti .
Orang kata hidup cuma sekali dan kena enjoy habis-habis . sapa cakap camtu meh Mr alien 'chili'kan mulut beliau . Hidup manusia tu ada dua kali dan sekali di dunia , sekali di akhirat . So , pepandailah melabur dekat dunia agar kat akhirat sana tak menyesal sangat , iye tak ?
Opps , kelas dah nak start . Lailahaillallah. Astaghfirullahalazhim..
Assalamualaikum..
translator failed ...
sssta, bnmaj. ddrar. ffar,kkktui..
Sunday, 20 May 2012
Bersederhanalah..
Tsst, krikk,yyytttuy,nyotya,fffiit,lllddr
translator on..
translator on..
Assalamuaalaikum ,
Hari ni nak alien ada ceritera agak menarik . Sesuai dengan Mr-Mrs Malaysia terutamanya . Tajuk menarik mecucuk-cucuk hati anda semua barangkali . Kebetulan malam ni alien ada dinner bersama teman-teman seperjuangan tersayang . Semuanya sibuk bersiap-siap dengan baju terbaik yang mereka ada .
Ada khabarnya membeli baju yang beratus-ratus lagaknya . Sebut sahaja jenama , terpegun semua orang . Pandang kiri pandang kanan semua segak tampan hensem macho dan chantek molek bak ala-ala artis hollywood . Alih-alih nampak Tony Stark , Tom Cruise , Angelina dan etc ... haha .
Tapi dimana signifikannya ? Mungkin tak salah jika hendak bergaya sekali setahun tapi kalau sampai duit habis beratus-ratus untuk satu malam , mana faedahnya? haha. Alien tak kata alien tak beli baju baru . Ada saja cuma harganya cuma puluhan ringgit . (^-^)". Ummat Islam adalah ummat yang wasata . Yakni umat bersederhana . Islam tak larang kita bergaya . Nah , bergayalah dengan gaya apa pun enche semua nak bergaya . Satu saja syarat Islam letak iaitu jangan melebihi batas Islam . Senang je kan?
Apa yang penting jugak yang alien nak kata ialah batas-batas hiburan yang ada . Sebagai muslim , kita semua tahu batas-batas hiburan dalam muslim kan? No offense , tapi apa agaknya kalian rasa bagi perempuan yang menyanyi di atas pentas . Memang suara wanita bukan aurat selagi tidak mendayu-dayu dan tidak menimbulkan syahwat lelaki . Tapi jika keluar suaranya menyanyi-nyanyi didengar semua orang tak rase hilang sense of muslimahnya tu? *its getting serious
Ok for some people that might be a cool way to entertain and its trending . Hmmm, let me give some cool advice . Nak jadi cool kena la tunjukkan kemuslimahan korang pada seluruh ummat manusia . Barulah makes sense cara nak menonjol pada dunia .Tak lupa juga pada kaum Adam ni . Golongan ni yang suka sangat menggaru *gatal . Pantang ada event , melilau mata sana sini . Haissh , sekali Alalh tarik nikmat mata baru tau .* sibuk check mata masing-masing* .
Huh, dah lewat ni . terlepas pulak dinner nanti . hehe . Alien nak bersiap ni . Dah la tugas sebagai AJK kebersihan . Berat tugas tu ( sinis ) . Inilah terpaksa pergi awal ni . (T_T) . Ok , ape-ape pun doakan alien yang kena baca doa jugak nanti .hehe . Jom!
Assalamualaikum..
translator failed...
tsst, pruut.. ttiiikri, krik,rkir, dddrrt..

Kenal jenama-jenama ni ?

Friday, 18 May 2012
Assalamualaikum ..
Tsst, priit,tuuuut, vvvvvviw,eleleew.letew....
*translator on...
krik.tiiit.tuuut,alert, taaat , vvvvw.tsst (bahasa alien)
translator disconnected...
*translator on...
Assalamuaalaikum,
wah, wah , wah, ini kali pertama alien berbicara bahasa manusia . haha. Mari kita mulakan komunikasi dua hala antara kita . Sebelum ni dah pernah berbicara namun ada saja yang datang merintang . Namun , ah start saja perbualan yang baru . Perbualan yang lebih bersih daripada sebelum ni . Wait , sebelum ni tak bersih ke ? Bukan tak bersih . Cuma tak senang duduk . *gatal terasa gluteus maximus aku*
Tak kenal maka tak cinta . Meh alien perkenalkan diri . Saya seorang pre-medic student kat sebuah uni ni . InsyaAllah akan melanjutkan pelajaran ke Ireland . Anak ke4 daripada 6 orang adik beradik . Semua masih belajar . Dan boleh dikatakan semuanya berjaya dalam pelajaran . Alien bukan nak besarkan diri . #cuma bangga , hehe . Keluarga saya bukanlah dari keluarga yang hidup senang . Kereta pun tak de . kereta sorong tu adalah :P .
Meh naik reramai , ada bran?
Sekarang ni alien nak putuskan kena belajar betul-betul . Baru boleh berjaya . Buat enche-enche di luar sana yang nak berjaya meh kita jalan bersama . Alien bawakkan guna UFO #cap ayam . Memang banyak dugaan nak berjaya ni . Alien buat blog baru ni pun adalah sebab salah satu rintangan . heheh . Manusia tak kan diuji lebih daripada kesanggupannya . ( tapi saya alien /manusia ?) (0_0)"
Nak kenal lebih lagi ? alien tak bawak ic lah bro . Post intro ni malas lah nak citer bebanyak kan . By the way , alien tak esok ada annual dinner ,boleh kata last dinner lah . Preparation setahun jer . First and the last for pre-med . Nak tahu , tunggu post terbaru alien .
Assalamualaikum...
krik.tiiit.tuuut,alert, taaat , vvvvw.tsst (bahasa alien)
translator disconnected...
Subscribe to:
Posts (Atom)