Sunday, 25 November 2012

Api Bakar Kayu




Assalamualaikum ...

Memang lama tak update , tapi alang-alang menaip ini pun bersebab . Ya , hari jadi saya datang lagi . And now i'm officially announce that I'm now 19 years old  :') * take note that . Dah besar rupanya saya . Tapi perangai macam tak berubah , eheh !

     Masih teringat tahun lepas ketika saya masih berada di Malaysia , 'sambut' hari jadi dengan kawan dengan mandi kolam depan hostel semata-mata nak ambik exam tak balik , haha ambik kau exam . Masih teringat kali pertama rasa diraikan oleh kawan-kawan seperjuangan ketika di sana. Memang janggal betul masa tu sebab err.. tak pernah sambut something special . Dan saya memang mengaku itu kali pertama saya dapat merasai sambutan hari jadi . Haha , memang ketinggalan tahap zaman denasor . Tapi sebenarnya memang saya tidak kisah sangat sebelum ni kalau orang nak ingat ke tak hari jadi saya sebab kadang-kadang diri ni pun terlupa dan buat-buat . Tapi nasib baiklah ada sorang pak cik yang baik ni yang gemar benar nak mengingatkan saya tentang hari jadi saya . Tq lah pok cik Fesbuk XD

    Tapi mungkin disebalik kebahagian ni terselit rasa walang dalam hati . Masih terbayang berapa banyak dosa yang telah saya buat . Bertambah bilangan umur saya bermakna bertambahlah coretan malaikat di kiri saya yang tak letih-letih menjalankan suruhan Allah . Dosa ini ibarat api dan diri kita ibarat kayu . Semakin lama kayu dimakan api , semakin hancur menjadi arang kayu itu . Arang itu pula berbekasnya di HATI . Ya , bintik-bintik hitam itu . Disamari dengan keindahan-keindahan duniawi . Kita menjadi lalai pada sesuatu yang kita tahu ada kesudahannya yang pasti . Sehingga kita lalai dengan api yang hampir membakar keseluruhan badan kita .




Allah berfirman:"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan" (Tahrim 66:6)

   Masih teringat kisah Rasullallah S.A.W daripada Uqail b Abi Talib meriwayatkan bahawa kisah gunung yang menangis kerana takutkan keran turunnya ayat ini hingga kering air di dalamnya . Sedangkan gunung mengangis kerana takutkan azab , kita yang sanggup memikul tugas khalifah tidak takut ? Aib Jiddan ! 

    " Ya Allah , sungguh aku tidak layak ke syurga-Mu , namun di bawah lembayung rahmat-Mu yang luas itu , berilah sedikit ruang untuk aku memohon teduh , agar aku tidak terbakar oleh dahsyat panasnya azab-Mu itu , berilah jua rahmat-Mu itu kepada ibu-bapaku , kaum kerabatku dan saudara-saudaraku di mana jua mereka berada ya Allah . Selamatkan lah kami semua daripada kelalaian yang membawa kepada datangnya murka-Mu , walaupun sedikit kerana kami tidak mampu ya Allah ya Rabbal A'lamin. "

Monday, 29 October 2012

Warkah Buat Fulan

Assalamualaikum ,

this is dedicated to somebody ...

I know its all the sudden ,

to be struck by all the coincidence ,
to know that you have being challenged ,
for a mature world of human .

I know its all the sudden,

to be reached by so many choices ,
which all causes big consequences ,
in reaching the 'mardhatillah ' in this world and hereafter .

I know its all the sudden,

to analyze which is the best paths ,
to know that they are reaching the same purposes ,
but differences in minds made them have their own holes .

I know its all the sudden ,

to get what people expect you to be ,
to feel the burdens all your body ,
but human will not stop hoping

I know its all the sudden ,

to have people insisting you on the diverged road ,
with their own 'nas' in al -Quran and Hadith ,
let me make them clear ,
I have my own choice .

But yes , its all the sudden !
But to cope is nothing than to solve .






Wednesday, 19 September 2012

Sejenak Di Bumi Irish





asqyguww,GYFYsgnhsa, huscdbwe, zxbcks,

translator on,

Assalamualaikum ,

salam sejahtera . dah lama sangat dah tak update blog ni . sebenarnya malas nak update . since dah tak da keje sangat , apa salahnya?

    Sedang saya menulis ni saya sudah pun berada di Bumi Leprechaun yang terkenal dengan keindahan semula jadinya . saya sedang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti terkemuka di negeri ini . terkenal dengan pohon  Shamrock , negeri ni mempunyai penduduk yang ramah dan bertatasusila . Agak kekok untuk berbual dengan orang di sini yang mempunyai accent English yang lain dan laju pulak percakapannya .





   Saya berasa agak bersyukur kerana terpilih untuk berada di negeri ini . Memang bukan senang nak sampai sini tapi tak lah sesusah mana . Tapi bila terkenangkan baru-baru ni saya berasa amat sedih . Memang, saya tak nafikan semua orang yang datang ke sini bakal menghadapi berbagai-bagai ujian . Tapi alien tak tahu lah macam mana nak tafsir kan ujian yang alien dapat sebelum ke sini . Tatkala semua orang tengah gembira hendak fly , alien berasa sebaliknya . *tapi bukan sedih nak pisah ngan keluarga .

   Mungkin tak da sesiapa pun faham situasi ni . Hanya Allah saja yang tahu sebab memang tak da sesiapa  pun yang tahu problems ni . Alien pun sebenarnya tak nak lah mengadu dalam blog tentang masalah-masalah yang menimpa alien sebab Allah sentiasa ada . Allah Maha Mengetahui . Cukup lah alien mintak tolong dekat Allah .

   Apa-apa pun setiba saja di sini , dengan layanan baik daripada senior-senior alien sedikit sebanyak rasa terubat jugak . Ok, la, siap kena belaja lagi . Alhamdulillah , memang best dapat kawan-kawan baru . Housemate pulak ada orang Italy . Hari first tu pulak senior bawak jalan-jalan beli barang keperluan , memang rambang mata tengok barang murah (murah duit eurolah) . Pastu pegi makan kebab 8 euro , memang mahal dan memang sangat besar ! tiga kali makan baru habis . Semalam pulak pegi jalan-jalan dekat city beli barang . Pastu malam senior belanja makan besar . haha , baiknya semua senior .

Ok, mungkin tu jer kot . Lepas ni mungkin lagi payah nak update . sori la lama tak update pastu post cerita sedih pulak tu . Apa-apa pun selamat berjaya semua . InsyaAllah dan doakan alien di sini .


nanti alien post gambar menarik sikit  ,InsyaALLAH .


assalamualaikum .

Wednesday, 4 July 2012

Kenapa Alien ?


qwerty.tyiuypip.asgdsa.hkjkhabaB

Translator on:

ASSALAMUALAIKUM;

Mungkin orang yang baca blog ini akan tertanya kenapa nama 'alien' dipilih untuk mewakili diri ini . Mungkin kah ianya kerana tidak mahu dikenali atau untuk melepaskan diri daripada apa-apa kenyataan yang boleh menimbulkan rasa sakit hati orang lain? Jawapannya : tidak ! Alien ada simbol tersendiri . Tegaknya ia atas satu konsep yang membawa maksud tersendiri .

Alien membawa maksud satu jisim yang asing . Lahir atas kepercayaan orang ramai dan dakwaan sesetengah pihak . Ramai yang menyangkal kewujudannya tetapi tidak menolak kemungkinan kewujudannya . Oleh itu alien mahu semua orang yang membaca blog ini tidak menolak mentah-mentah sebarang pandangan yang dikemukakan atas dasar rasional untuk menimbang baik antara pendapat dan hujah .

Alien juga bermaksud untuk tidak menyebelahi mana-mana pihak . Memandangkan kewujudannya dalam bentukbukan manusia yang bebas daripada sebarang kaum, politik dan fahaman . Tetapi agama memang tudak boleh ditukar ganti "Islam is the only choice" . Oleh itu sebarang pendapat yang dikemukakan ialah bersifat peribadi dan bebas daripada 'memilih bulu' . Blog ini juga adalah untuk suka-suka dan tidak mengharapkan balasan kecuali hanya berfikir sejenak tentang isi kandungannya . 

Okay , dah cukup formal . Post kali ni cuma nak terangkan yang tu je. Nak cerita sekarang alien dah ada kat rumah . banyak kerja kena buat untuk persediaan ke luar negara . tapi InsyaAllah semua ini akan ditempuhi dengan bantuan Ilahi . Nak tolong ? alien mintak tolong satu ni saja ikhlas dari hati.: Tolong doakan alien sentiasa dalam pangkuan rahmat dan keredahaan Ilahi . inilah yang kita cari dalam dunia ni . So, Mr Mrs sekalian, teruskan hidup anda dan jangan berputus asa daripada rahmat Allah !

assalamualaikum

translator off ;hdsahdnsdw.vkgaib.baisyus

Saturday, 30 June 2012

Naa.. Letihnya Hidup !

Jeng, jeng, jeng

 translator back" .sarsdrst m,akdyw ahdiwhdis qwrfety .
ON:

Assalamualaikum semua , harap Mr. Mrs masih berkudrat  meneruskan kehidupan dunia ni . Sebenaranya tak tau nak cakap apa . sebenarnya tamat sudah pengajian alien pada tahun ni . Huh, satu tahun pre-med mahu terkeluar urat kepala alien . Iye lah, mana ada kerja yang senang kat dunia ni . Teringat bait kat murabbi alien " bukan senang nak jadi senang " . Hidup ni ibarat kapal . kalau nak terhempas memang senang , kalau nak maintain kena ada fuel cukup-cukup , kalau nak terbang tinggi engine kena lebih power . Sebab tu manusia ada yang terhempas , terbabas , ada yang steady tak kurang juga berjaya dalam hidup diorang . 

Memang perjuangan ni masih jauh lagi nak redah . Nak dibandingkan dengan setahun bak bintang dengan bulan . ( sesuai ke perbandingan ni ?) Masih banyak lagi cabaran dalam hidup ni . Bukan kat  dunia je tau Mr  Mrs sekalian, kat akhirat lagi lama . Lepas ni nak sambung medik pulak , lagi lima tahun . Maybe nampak lama tapi the rest of the life challenges lagi lama . Macamana alien nak teruskan hidup  ni kalau tak dengan ketabahan . Dan ketabahan ni hadir dengan kepercayaan dan keyakinan dalam hati . Meh tengok sikit quotes ni :

‎"Hidup ini adalah keyakinan dan perjuangan. Perjuangan mukmin sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya telah menginjak pintu syurga."

~Imam Ahmad

MasyaAllah , beratnya tugas kita . Siapa yang suka akan bebanan ? Siapa yang suka akan kesusahan ? Sebab tu kita kena ada Allah di  sisi kita . Mampu ke sebuah kapal terbang berlepas tanpa ada pemandu ? Bgitu juga kebergantungan kita pada Allah . Tak lepas daripada hubungan hamba - pencipta . 


Marilah Mr Mrs sekalian, muhasabah sikit diri kite . Alien pun bukan orang yang sempurna pun . Semua orang tidak boleh menjadi sempurna tetapi manusia boleh berusaha menjadi sempurna . Kesempurnaan hanya milik Allah . Oleh sebab itu Allah tidak pelik apabila kita membuat dosa tetapi Allah sentiasa membuka pintu rahmat dan pengampunannya kepada kita kerana Dia tahu manusia itu hambanya yang tak akan terlepas daripada kesilapan . Tapi perlunya kita kembali sedar dan berada di landasan taubat . InsyaAllah , Mr Mrs boleh ,alien pun boleh . Mari kita berusaha menjadi sempurna tahap super maksima ! Hoola !

Assalamualaikum ...

translator off..
sdaher, nfjeinm ,.djqojeld .,nfidjkod

Saturday, 9 June 2012

Setahun





wety. rdhr. rtats. tutuut, hzzer.rfrt,

translator on ...

Assalamualaikum, salam sejahtera , salam seantero angkasaraya . Lama jugak alien tak post dan hari ni nak post something ( you don't say ?) . Semuanya tentang kehidupan alien dekat sini . Kolej ini . Tempat alien berubah ke satu phase yang baru which alien pun tak pasti pro kontranya . Satu titik  yang membezakan gaya hidup antara kebebasan atau kawalan . Antara realiti atau angan-angan . Antara akal dan nafsu . Antara... opps cukup sudah . Macam bersajak pulak .

Sedar tak sedar dah dekat setahun sudah alien dekat sini . Banyak yang alien dah tempuhi . Pahit ,manis , susah senang semua tu dah tercalit dalam kenangan . Setahun rasanya terlalu singkat . Dalam tempoh ni , alien juga telah kenal berbagai jenis orang . Pelbagai ragam . Kawan , lecturer , pak cik makcik dan orang sekeliling yang sentiasa membuatkan dunia alien ke arah satu suasana yang baru , 'totally different' lah senang cerita . Dunia ini telah mengajar alien menjadi seorang yang lebih terbuka pada keberanian . Semua kawan-kawan di sini adalah hebat-hebat . Mereka adalah pelajar terpilih . Bangga dapat kawan seperti mereka .

Masih alien teringat sewaktu mula-mula masuk ke sini , bagai rusa masuk kampung . Memang tak tahu nak hidup di sini . Al-maklum ,  dah lima tahun  tinggal kat asrama memang susah nak adapt kat luar . Teringat bila mula-mula masuk hostel ni jumpa dengan housemate . Yang paling tak tahan , jumpa dengan seorang ni terus sembang tak henti sampai malam . Sah-sah dia tu budak asrama jugak , haha . Walaupun pada mulanya alien dengan beberapa housemates yang lain tidak begitu baik hubungan pada mulanya , tapi alhamdulillah akhirnya kami semua berjaya mengatasi perbezaan antara kami . 

(sila baca dengan mood sedih)
Kini , setahun masa pengajian ini dah hampir habis . Mungkin lepas ni susah nak jumpa dengan diorang . Or, mungkin senang kalau sama universiti . Macam biasa , pertemuan perpisahan tak dapat dielakkan dalam sesbuah perhubungan . Cuma bezanya adakah kita dapat menjadikan sesuatu hubungan tu kekal sampai ke akhirat . 

Dengan berakhirnya course ni , tak bermakna perjuangan alien bertitik noktah . masih jauh perjalanan yang perlu ditempuh . Alien harap perjuangan alien dan kawan kawan menjadi lebih sempurna dengan hadirnya ketbahan dan keikhlasan dalam diri kitorang . Tak lama lagi nak final exam dah, cuak jugak ni . Study apa pun belum .Huh (-_-)" . Acaner ni ? Maybe lepas ni susah sikit nak blogging . By the way , alien doakan yang terbaik untuk Mr Mrs sekalian . InsyaAllah kita berjaya sama-sama . *tak tahu nak cakap apa dah
assalamualaikum..

translator disconnected ..

sssarrt,jkakgdt, gattag, fdrwt.lllsrd

Thursday, 31 May 2012

Alien Ireland


Priit, tuuut, ehenmm, tsssz

Translator on...

Bismillahirrahmanirrahim , alhamdulillah dapat lagi alien nak post something hari ni . Walaupun sibuk-sibuk nak belajar ni, still ada masa yang nak dicuri oleh alien . Hehe , dah le ada test esok .

Alhamdulillah , baru dapat tawaran bersyarat baru ni untuk sambung belajar ke ireland . Memang bersyukur sangat-sangat . Ye lah bukan sedikit usaha yang dah dicurahkan . Bersyarat ? Haha . Ada la syarat tertentu yang kena patuhi .

Nak diceritakan , secara alien tidak sedar memang dari dulu Allah dah beri petunjuk untuk lanjutkan pelajaran ke Ireland . Semuanya bermula masa alien di tingkatan 3 . Masa tu dah timbul cita-cita nak pergi luar negara . Tapi tak tahu kenapa ireland jadi sebutan dalam hati alien .

Peristiwa kedua bila hantar abang alien masuk universiti . Memang terpana jugak tengok kehidupan di universiti . Tiba-tiba ayah alien tanya alien nak pergi universiti mana besar nanti ? Ireland ke ? Terkejut jugak ayah macam tahu apa yang pernah terlintas dalam hati alien . Subhanallah .

Pastu tibe time form 4, biaselah dah tinggi cita-cita waktu tu . Pastu waktu bulan puasa biasalah tak de benda nak buat . Baca lah surat khabar . Bila tengok salam perantau , nampaklah seorang penuntut kat Ireland . Pastu katelah alien kat kawan alien kat sebelah, susahkan nak pergi ireland ? Ha'ah . Susah kot . Ni kire yang paling tough. Kiranye yang terbaik di dunia lah . Alien pun jadi tak pasti lagi dengan cita-cita nak pergi ireland . Macam susah jer ? (-__-)" .

Segalanya telah Allah tentukan . Hidup ini perjalanannya Allah dah catat awal-awal . Bile dapat persediaan kat kolej sekarang ni memang bersyukur sangat . Memang berhasrat nak banggakan mak dan ayah . Mereka memang berharap sangat . Berkat doa mereka , insyaAllah , sedikit lagi jalan untuk ditempuhi . Doakan alien semua .

Assalamualaikum

:DDDDDssdãtttt

Translator disconnected

Tuesday, 22 May 2012

Apabila Hiburan Dilebihkan



Tsst.rrrffft,lolooool,lwwwk,bddkker..

translator on..

Assalamualaikum . Bismillahirrahmanirrahim .
Apalah pula ceritera Mr Alien pada hari ini ? Hujan tiada , ribut tiada , apa yang mendesak saya menulis di sini? Hmm, well nak kata dinner Mr Alien dah habis dah beberapa hari lepas . *mesti nak komen kan ? Mmm. Mungkin . Tapi Mr Alien tengok dinner tu  just berjalan lancar . ( dengan batuan mr alien , hehe) : perasan habis

   Tapi just beberapa perkara yang mr alien tak berkenan di hati . Mungkin bagi sesetengah orang perkara yang saya nak cakap ni perkara biasa . tapi yang biasa tu lah yang kita nak ubah betul tak ? manusia perlu berubah dari hari ke hari untuk menjadi yang lebih baik . Biar super duper hari kita dengan anjakan paradigma . Jadi dengan alasan manusia perlu berubah Mr alien mahu beri beberapa cadangan tentang beberapa sikap 'keterbiasaan' dalam hidup .


dining hall of the dinner

   Alien cuma nak cakap yang  alien tak suka unsur bersuka ria yang berlebihan dalam hidup manusia ni . Tak salah nak bersuka ria tapi kena tau batasnya . Islam ini meletakkan batas-batas sesuatu just nice on what it should be . Jangan sebab nak bersuka ria sampai agama tergadai . Mr Alien malas nak mengungkit benda ni . cuma alien nak ingatkan pabila nak bersuka ia tu ingat-ingat lah juga yang di atas sana , Yang Maha Kuasa . Kena Mr-Mrs semua tengah gelak terlupa dunia , tetiba nyawa ditarik cemana? tak ke susah hidup kat akhirat nanti .

    Orang kata hidup cuma sekali dan kena enjoy habis-habis . sapa cakap camtu meh Mr alien 'chili'kan mulut beliau . Hidup manusia tu ada dua kali dan sekali di dunia , sekali di akhirat . So , pepandailah melabur  dekat dunia agar kat akhirat sana tak menyesal sangat , iye tak ?

Opps , kelas dah nak start . Lailahaillallah. Astaghfirullahalazhim..

Assalamualaikum..

translator failed ...


sssta, bnmaj. ddrar. ffar,kkktui..

Sunday, 20 May 2012

Bersederhanalah..

Tsst, krikk,yyytttuy,nyotya,fffiit,lllddr

translator on..

Assalamuaalaikum , 

Hari ni nak alien ada ceritera agak menarik . Sesuai dengan Mr-Mrs Malaysia terutamanya . Tajuk menarik mecucuk-cucuk hati anda semua barangkali . Kebetulan malam ni alien ada dinner bersama teman-teman seperjuangan tersayang . Semuanya sibuk bersiap-siap dengan baju terbaik yang mereka ada .

       Ada khabarnya membeli baju yang beratus-ratus lagaknya . Sebut sahaja jenama , terpegun semua orang . Pandang kiri pandang kanan  semua segak tampan hensem macho dan chantek molek bak ala-ala artis hollywood . Alih-alih nampak Tony Stark , Tom Cruise , Angelina dan etc ... haha .



Kenal jenama-jenama ni ?
 

  Tapi dimana signifikannya ? Mungkin tak salah jika hendak bergaya sekali setahun tapi kalau sampai duit habis beratus-ratus untuk satu malam , mana faedahnya? haha. Alien tak kata alien tak beli baju baru . Ada saja cuma harganya cuma puluhan ringgit . (^-^)". Ummat Islam adalah ummat yang wasata . Yakni umat bersederhana . Islam tak  larang kita bergaya . Nah , bergayalah dengan gaya apa pun enche semua nak bergaya . Satu saja syarat Islam letak iaitu jangan melebihi batas Islam . Senang je kan?

        Apa yang penting jugak yang alien nak kata ialah batas-batas  hiburan yang ada . Sebagai muslim , kita semua tahu batas-batas hiburan dalam muslim kan? No offense , tapi apa agaknya kalian rasa bagi perempuan yang menyanyi di atas pentas . Memang suara wanita bukan aurat selagi tidak mendayu-dayu dan tidak menimbulkan syahwat lelaki . Tapi jika keluar suaranya menyanyi-nyanyi didengar semua orang tak rase hilang sense of muslimahnya tu? *its getting serious

      Ok for some people that might be a cool way to entertain and its trending . Hmmm, let me give some cool advice . Nak jadi cool kena la tunjukkan kemuslimahan korang pada seluruh ummat manusia . Barulah makes sense cara nak menonjol pada dunia .Tak lupa juga pada kaum Adam ni . Golongan ni yang suka sangat menggaru *gatal . Pantang ada event , melilau mata sana sini . Haissh , sekali Alalh tarik nikmat mata baru tau .* sibuk check mata masing-masing* .

       Huh, dah lewat ni . terlepas pulak dinner nanti . hehe . Alien nak bersiap ni . Dah la tugas sebagai AJK kebersihan . Berat tugas tu ( sinis ) . Inilah terpaksa pergi awal ni . (T_T) . Ok , ape-ape pun doakan alien yang kena baca doa jugak nanti .hehe . Jom!

Assalamualaikum..

translator failed...

tsst, pruut.. ttiiikri, krik,rkir, dddrrt..



     


Friday, 18 May 2012

Assalamualaikum ..

Tsst, priit,tuuuut, vvvvvviw,eleleew.letew....

*translator on...

Assalamuaalaikum,
 wah, wah , wah, ini kali pertama alien berbicara bahasa manusia . haha. Mari kita mulakan komunikasi dua hala antara kita . Sebelum ni dah pernah berbicara namun ada saja yang datang merintang . Namun , ah start saja perbualan yang baru . Perbualan yang lebih bersih daripada sebelum ni . Wait , sebelum ni tak bersih ke ? Bukan tak bersih . Cuma tak senang duduk . *gatal terasa gluteus maximus aku*
      Tak kenal maka tak cinta . Meh alien perkenalkan diri . Saya seorang pre-medic student kat sebuah uni ni . InsyaAllah akan melanjutkan pelajaran ke Ireland . Anak ke4 daripada 6 orang adik beradik  . Semua masih belajar . Dan boleh dikatakan semuanya berjaya dalam pelajaran . Alien bukan nak besarkan diri . #cuma bangga , hehe . Keluarga saya bukanlah dari keluarga yang hidup senang . Kereta pun tak de . kereta sorong tu adalah :P .



       Meh naik reramai , ada bran?


Sekarang ni alien nak putuskan kena belajar betul-betul . Baru boleh berjaya . Buat enche-enche di luar sana yang nak berjaya meh kita jalan bersama . Alien bawakkan guna UFO #cap ayam . Memang banyak dugaan nak berjaya ni . Alien buat blog baru ni pun adalah sebab salah satu rintangan . heheh . Manusia tak kan diuji lebih daripada kesanggupannya . ( tapi saya alien /manusia ?) (0_0)"

           Nak kenal lebih lagi ? alien tak bawak ic lah bro . Post intro ni malas lah nak citer bebanyak kan . By the way , alien tak esok ada annual dinner ,boleh kata last dinner lah . Preparation setahun jer . First and the last for pre-med . Nak tahu , tunggu post terbaru alien .
Assalamualaikum...


krik.tiiit.tuuut,alert, taaat , vvvvw.tsst (bahasa alien)
translator disconnected...