Monday, 20 March 2017

Hola Holi Kuberi Nama Cikebum-Cikebum


Salam...

Lama benar tak update. Sori gais.. (padahal tahu x de sape pun baca blog ni, haha)

Banyak benda berlaku sebenarnya.. ayat cliche. Dari awal tahun meroyan ad crush kat sorang budak tu, sampai sekarang dah move on (ceh...) and nak final year exam.

Alhamdulillah.. banyak mini exams dh lepas and banyak Allah dah tolong. Sekarang tengah final run untuk final exam medic kat sini. Nak meroyan pun sekarang x sempat dah. Banyak sangat kena study. Lebih kurang sebulan lagi dh start exam and then the true journey begins.

Tapi sebelum tu kena pass dulu kan? Hmm.. In shaa Allah. Dah Allah letak kita kat sini, mesti Dia tahu kita boleh handle benda ni. Teringin sangat sebenarnya nak tapi blog saat ni sebab nk tengok saat-saat susah yang kita lalui ni akan berakhir jugak. In shaa Allah bila dah lepas nk tengok balik belakng pada post ni, macam mana susah pun Alllah akan tolong kita sebab kita dah berusaha.. kan?

Blog yang simple ni mungkin akan jadi pembakar semangat untuk intern year yang sangat susah kat Malaysia nanti. Harap dapat hospital and team yang terbaik lah. Waktu tu jugak rasanya kena cari pasangan hidup. Haha. Harap Allah temukan dengan orang yang terbaik.

Mungkin macam terlalu ke depan fikir, tapi x de lah sangat. Ni semua untuk preparation. Percaya Allah, percaya akan kebolehan diri sendiri.

"Aiman, kalau kau baca ni pada masa depan, ingat, semua masalah akan berlalu. Jadi berani, face the problem, tebalkan muka untuk berjaya. Whatever the problems, big or small, doa pada Allah, talk to the friends, keep smiling and be happy. They dont worth your despair. Hey, you have gone through loads of trouble already right? Keep going."

Akhir kata, doakan lah yang terbaik untuk hidup ini. Rotation terakhir ni.
Mungkin nak jadi GP lepas ni :)

Salam Sejahtera Dari,
Duhallow, Ireland.
(20/3/2017)

Saturday, 17 September 2016

Its The Start of The New Term

Salam,

Dah lama tak update. Semua benda dah berhabuk.

Kisah aku semakin lama semakin cliche. Hidup dunia medik, tak kurasa berbeza.

Sudah final year, tahun yang mencabar. Ditambah pulak dengan expectation semua orang dengan aku. Ya, parents and family semua mengharapkan. Bukan aku tak nak berusaha, tapi aku takut mengecewakan. Itu, first. Pressure final Year.

Dua, HATI aku. ya, hati aku sedang berbolak-balik, Aku tahu, time ni lah semua orang dah start nak ada somebody special. Dan aku tak terkecuali. Aku ada menyimpan perasaan dekat seorang perempuan ni. Ya, satu batch di sini. Aku tak tahu bila benda ni start. Tapi yang aku pasti bertambah bila aku terpaksa jadi ketua study group dia. 

Start study group tu lah perasaan aku bertambah. Aku suka perwatakan dia. Study group menjadi benda yang aku tunggu-tunggu sebab dia. Sampai ke tahun ni, perasaan tu tak pernah berubah.

Sakit. Itu yang aku dapat katakan. Bila aku sukakan dia tapi tak dapat luahkan. Aku tahu dia perhatian ramai orang. Aku tahu dia anak orang kaya. Aku tahu aku dan dia tak setaraf. Tapi perasaan aku... susah. Aku takut aku syok sendiri. Aku takut apa yang aku perasan selama ini tak benar. 

Aku hanya harap satu. Kalau betul dia yang terbaik untuk diri aku, ya Allah kau jangan bagi aku terlepas dia. Tapi kalau sebaliknya, mudahkanlah aku melupakan dia. 

Ya Allah, tolonglah aku.

Sekian.

Wednesday, 16 September 2015

Haishh... Weh Dah Lama Tak Dengar ?



Salam satu dunia dan Malaysia.

Yup, memang berkurun abad dah tak update. Dah tak tahu nak cakap apa. Memang banyak yang berlaku.

Stress, ha.. tu sebab dia duk tulis nih. Sekarang dah masuk 4th year. Yup 4th year. Sejak program ni diteruskan ke lima tahun terus kena ubah segala jenis persediaan dan mentaliti.

Bukan tak bersyukur, syukur alhamdulillah in shaa Allah dapat grad di sini. Tapi tu lah, banyak benda kena bersedia.

Bermula dari hospital, kena tahu macam mana nak communicate dengan patients, English kena fluent, accent kena faham, kena jadi proactive untuk dapat chances belajar. Tu yang susah tu. Fluency in English and being proactive correlates sooo much.

Myself jenis yang reserve sikit. Penakut nak ganggu doktor. Penakut nak tegur classmates bangsa lain. Takut salah cakap. Takut Dr sibuk. Takut kena marah dengan nurses.  Macam-macam lagi alasan.

Dalam group 4th year ni pulak seorang ni je Melayu. Bukan tak ade melayu lain, ada lagi seorang tapi lain schedule. Kadang-kadang rasa la jugak loneliness tu.

Bukan tak pernah jadi proactive atau berani, tapi kadang-kadang rasa penat jadi macam tu. Mungkin penat berpura-pura berani kot. Ke ni diri yang sebenar? Nauzubillah.

Anyone having the same problems? Haha, I guess Im just talking to myself here.

Lepas ni kena fikir untuk fyp pulak. Tak dapat tajuk. Kena cari sendiri. Supervisor pulak tak balas2 email. Haissh..

Astaghfirullah.. Astaghfirullah... Astaghfirullah...

Mungkin banyak sangat dosa ni Allah datangkan ujian. Ya Allah bantulah hamba-Mu ini :'(.

Moga Allah mudahkan . Aminn...

Thursday, 4 December 2014

Jeng jeng jeng



Krik.. krik.. krik..

Suddenly "Fuuh.. fuh. fuh."
Uhuk..uhuk* batuk
"Ni sape tinggal blog sampai berhabuk ni?"


Ehem,
Tak tahu nak cakap apa. Lepas lebih setahun rasanya tak post kat blog ni . Hmm... banyak benda yang berlaku. Banyak benda yang dah berubah .

Siapa aku  yang dulu? Kalau aku kenang balik aku pun tak tahu.
Pengalaman... banyak mematangkan.
Siapa aku? Di mana aku? Buat apa aku?
Persoalan yang akan sentiasa timbul kerana kita sentiasa berubah.
Sama ada aku merindui aku yang dulu... atau aku mencintai aku yang sekarang.
Perlukah begini? Atau harus berubah lagi?

Tak perlu post panjang.
~luahan hati aku yang baru~


Wednesday, 22 May 2013

Bonda Ibu Mak Ummi Mother . What else ?





Alright, here we go .
My greatest appreciation to my beloved Mother , (Assalamualaikum )

*in English, enhancing skill for BH exam

Obviously I just want to talk about my mother . Yes, a person who had  given birth to me . That's not all . She had done a lot of sacrifices in my life . It is not to mention about when I was a child or generally all of us , the mothers around the world had to put on their energy and time to take care of us . Not having a good night sleep and  of course neither a good day spent are most common things that a mother had faced .

    My mother told me when I was a child , I was attacked with severe asthma attack . She was very scared for me . But , I dont remember anything. So, whenever I caught on cough , she would remind me of this , and I just like ' relax mom, Im a big boy now ' haha .  But I know , deep in her mind , she must had a very unpleasant memory about that . 

    My mother just a normal woman . She works as a housewife . She never get a chance to work because she was not came from a rich family . Never get the chance to the higher education .But beside all of that , she is the most inspirational teacher to me . Teaching me all she got from her life . Thats why I was always got scolded when I was young because I had made my brother and little sister cried , a lot ! haha . But , what I can say , she was a very fierce teacher *2nd after my  dad. 
I bet I was really really scared when she was angry and brought a very big rattan and then the turnover ; I cried being punished .

   As I mention before , she was a very inspirational teacher . You know , when we grown to teenagers , its a bit awkward to express your feeling to your father rather than your mother . Whenever im away from my home for studying at university or high school ; I will call my father first.... to talk to my mother . Its a little bit funny actually . Usually it would become like this :

Me : Hello dad , what are you doing now?
Dad : Yeah , im just doing ....... . How are you ? How was your study? What are you doing now?     
         Do you have enough money ?
Me : Well, bla bla bla bla......

A silent moment , krik krik krik ...

Dad : Do you want to talk to your mother ? 
Me: Yeah , sure why not :P

Dad  calling mom.....
Mom ,continue for longer time talking , gossiping ,etc

   I express a lot of my problem especially on studying to my mother . Its  really regenerating my spirit and confident whenever she tell me I can always do it  . Whenever I tel her the exam would be hard and I don't think that I can do that and she will say '' nah.. you can do it . Absolutely you an do it . I always never forget to pray for you in my prayer ." She put so much belief in me . 

    Or else in much same situation  when it comes to hard subjects , she would say " What can I say , I do not have higher education to give you ways how you study .. just look like how you made it before . I believe in you " And yes who dont cry when your mother say like that to you . yes , mother thank you . 

Thank you my mother /teacher ,
I really love you and I want you to know,
though Im sure you will not read this .

Sincerely , your beloved Son .




Tuesday, 30 April 2013

Nak Ke Mana ?




Haisshh...
Time exam2 ni pulak rajin nak update .
Hmmmm....
Banyak benda yang dah berubah sejak lama tak update . Memang banyak sangat . Tapi , kadang-kadang sesetengah perkara elok dibiar dalam hati . Eh bermain hati pulak . Stop , tak pergi kat situ.

Kadang-kadang bila dah lama kita tak  ditegur orang , masalah boleh dipandang enteng . Kita merasakan masalah berpunca daripada kealpaan kita dan juga nasib malahan kesalahan orang lain sampai kadang kala membentak bentak . Apabila asal nikmat itu tak disandarkan pada Pencipta semulanya , maka selepas tu musibah akan dibawa ke arah mana . Mencari solusi , tanpa merujuk Ilahi .

Terkesan dengan peristiwa sebenarnya , kawan atau selayaknya digelar sahabat . Sedang dengan bakal housemates sibuk mencari rumah , ada sahaja masalah yang datang menimpa . Lepas satu musibah datang lagi satu musibah . Hampir semuanya berjumpa jalan buntu . Berminggu lamanya kami mencari solusi . Buntu yang amat sangat . Dengan bebanan exam di atas kepala , mana tidaknya kami tidak stress . 

Sedang satu saat apabila kami tersangat buntu , datang mesej daripada akhi ini ,

semenjak dua menjak ni kita asyik bercelaru. kenapa? mungkin hablumminallah kita byk terlompong. mungkin hubungan dgn allah tak jaga, mana taknya sesama kita runsing. quoted from ***** as i ponder along my way back to ***********. #tazkirah isya'

 Aku terkedu . Tertikam diri . Mungkin saja aku termasuk golongan itu .Mungkin saja diri ini terlalu jauh mengejar duniawi . Tersentak dengan teguran itu . Walaupun seketika aku tersedar hakikat itu , namun aku tidak menegur yang lain . Besarnya dosa diri ini . 

Ya Allah , diri ini mungkin terlalu alpa dengan dunia ini .
Berilah taufik dan hidayah Mu ,
sesungguhnya kepada Engkau lah kami berserah .

Ya Allah , aku bersyukur kepada-Mu kerana diberi housemate yang baik :)



*Tolong doakan exam ;)

Sunday, 10 February 2013

Terima Kasih ...



Dulu , mula-mula kenal dulu aku tak sangka kami boleh jadi serapat ni .

Aku ingat lagi mula-mula kita bertemu dalam rumah kat uni dulu , kami yang riuhkan rumah tu sedangkan kita baru jumpa .Dalam beberapa hari saja kami jadi kawan rapat . Aku pun tak paham macam mana kita boleh jadi begitu rapat . Semuanya  berlaku secara tidak sedar . Dalam semua housemate , dialah yang paling aku sayang .

Walaupun kadangkala kami bergaduh dalam senyap , tapi jauh di hati masih aku sayang sahabat aku ini . Dialah yang aku selalu dengan aku walau aku sedang aku goyah .




Gambar kami derma darah :)

Ditakdirkan kami mendapat uni yang berbeza . Jauh di sudut hati aku aku rasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan dia . Tapi aku tabahkan hati . Aku tahu semua ini ada hikmahnya dalam persahabatan ni . Dan aku bersabar , dua tahun setengah bukanlah lama . 


Nak diceritakan , hujung minggu ni dia dah datang melawat .  Aku memang sangat happy bila dapat tahu dia nak datang .Maklumlah sebelum ni banyak halangan untuk berjumpa dia . Hujung minggu penuh dengan program-program yang tak dapat dielakkan . Dan aku berlagak sebagai Tour Guider kepada dia dan seorang lagi kawan aku yang datang . 

Memang seronok, dapat berjalan-jalan bersama dia . Sudah lama sangat rasanya kami dah terpisah padahal cuma beberapa bulan . Hujung minggu dengan dia antara pengalaman paling best aku di Cork .




Makan KFC !!

Sepanjang perjalanan banyak pengalaman yang kami dapat bersama . Memang aku terhibur . Aku cuba bagi layanan yang terbaik . memang satu Cork kitorang terjun , haha .

Tapi sebentar tadi masa dia nak pulang , satu perasaan yang dah lama aku tak rasa muncul . Rasa yang hanya muncul bila aku nak berpisah dengan keluarga aku untuk satu masa yang lama ketika dulu . Dan betapa aku sedar betapa aku hargai nilai persahabatan ini . Bukan sekadar sahabat, tapi juga ibarat keluarga aku . Ya , aku rasa teramat sedih seketika tadi ibarat berpisah dengan keluarga . 




Terima Kasih :')


Terima kasih sebab datang sini . Terima kasih kerana menjadi sahabat aku . Terima kasih sebab menghadirkan perasaan keluarga . Terima kasih SAHABATku di dunia dan akhirat insyaAllah .